BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, October 20, 2010

simulasi

Menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran mempunyai beberapa
kepentingan, kepentingan utama adalah memastikan pelajar aktif dalam eksplorasi dan
belajar sesuatu yang mana pendekatan yang digunakan berkaitan dengan teori pembelajaran
moden. Pembelajaran simulasi berkomputer lebih kepada pembelajaran menerusi
pengalaman yang memerlukan sokongan dari pengajar atau sistem bagi memastikan
simulasi yang digunakan adalah efektif.

Simulasi berkomputer mempunyai nilai yang sangat besar dan memberikan pelbagai faedah kepada para pelajar. Simulasi berkomputer membolehkan pelajar meningkatkan serta melakukan banyak aktiviti yang mana jika dilakukan pada dunia nyata akan meningkatkan kos sertamungkin membahayakan pelajar. Simulasi berkomputer juga dapat menghasilkan tindakbalas yang betul serta teratur yang mana lebih fleksibel dan jimat jika dibandingkan dengan mengupah seorang guru bagi setiap pelajar. Ianya juga telah terbukti sebagai satu cara pembelajaran yang efektif, yang mana membolehkan pelajar lebih inovatif dan kreatif.

Apabila simulasi berkomputer digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah, para pelajar akan lebih berminat untuk belajar dan berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai topik yang diajar oleh guru. Kami juga turut diberikan tugasan mengenai simulasi iaitu simulasi yang digunakan di dalam eksperimen

0 comments: